Rakan Blog

Rabu, 5 Mei 2010

Demam on/off

Selamat pagi....

dah lama menyepi....nk kata bz tak sangat la...cme mood tak ada nak update blog...
buat pegetahuan kawan2 reen akan trk blog dengan masalah yg tak dapat dielakkan reen sayang blog nie banyak memori buah hati reen...tp terpaksa trk ke blog clik sini harap kawan2 boleh follow reen k...
reen akan sentiasa update blog insyaallah....


riza demam lagi dari ahad mlm senin mybe cuaca pns duduk dlm keta blik kg... risau la dh mcm2 ayah n ibu
buat...cek darah,bawe pergi urut,mntak air penawar....still dmam on/off...ke sbb ibu pregnant riza yg alah????plz sape de pengalaman share ckit....ibu mana tak risau kan...
hari tue last demam dekat smggu gak doc pesan kalau esok nyer @lusa tak ok datang ambik surat bawa anak pergi HOSPITAL SULTAN ISMAIL....tapi pelik terus baik.....nie jadi lagi.....apa yg perlu ibu lakukan sayang????...

cepat la sembuh ibu risau sangat........

Sabtu, 24 April 2010

Asid folic

Pentingnyer Asid Folic kepada ibu2 yg sedang hamil...
sedih bace blog ain yg terpaksa gugurkn bby dia...nak thu lbh lanjut clik sini

aku pn kekadang lalai mkn asid folic...lps bace blog nie terus cari stock asic folic memang simpan dalam laci opis...YAALLAH kau Lindungilah dan sempurnaknlah ank yg aku kandungkn nie...AMINNNN....
IBU harap bby sihat dan sempurna ayah,ibu dan abang tak sabar nk jumpe bby lebih kurang 5 bln lagi kita kn bertemu...

Menjarakkan Kehamilan

Petua Kampung...
jom kita mencuba mane la tahu berhasil...

Ramai orang menggunakan pil pencegah kehamilan untuk menjarakkan kelahiran anak. Namun, anda boleh menggunakan petua ini.
~Ambil lengkuas dan halia sebesar ibu jari,
~10 biji lada hitam
~¼ keping ragi.
Kesemua bahan ini ditumbuk halus dan dicampurkan dengan segelas air mendidik, kemudian ditapis lalu dicampurkan dengan sedikit garam dan air limau nipis. Minum sebulan sekali sebelum tidur.

#petua ni hanye untuk orang yg sudah kahwin sahaja yea..

Khamis, 22 April 2010

Lagu Dari ayah untuk Ibu...time bercinta...

Pagi tdi layan mp3 tiba2 keluar lagu nie..
dulu ciap buat callringtone lagu nie hahaha
tiap kali keluar lagu nie sure tsenyum tsendiri=)

Sedang Ingin Bercinta - Dewa

Setiap ada kamu.. mengapa jantungku
berdetak lebih kencang..seperti genderang mau perang
Setiap ada kamu..mengapa darahku mengalir lebih cepat
Dari ujung kaki ke ujung kepala
Setiap ada kamu..otak ku berpikir
bagaimana caranya untuk berdua bersama kamu
reff:
Aku sedang ingin bercinta karena
Mungkin ada kamu disini.. aku ingin..

Setiap ada kamu.. mengapa jantung ini
berdetak lebih kencang..seperti genderang mau perang
Setiap ada kamu..mengapa darah ini mengalir lebih kencang
Dari ujung kaki ke ujung kepala

Di setiap ada kamu mengapa jantungku berdetak
Berdetak dengan lebih kencang seperti genderang mau perang
Di setiap ada kamu mengapa darahku mengalir
Mengalir lebih cepat dari ujung kaki ke ujung kepala
reff:
Aku sedang ingin bercinta karena
Mungkin ada kamu disini.. aku ingin..
Inul:
Di setiap ada kamu mengapa jantungku berdetak
berdetak dengan lebih kencang seperti genderang mau perang
Di setiap ada kamu mengapa darahku mengalir
Mengalir lebih cepat dari ujung kaki ke ujung kepala
reff:
Aku sedang ingin bercinta karena
Mungkin ada kamu disini.. aku ingin.. (2x)

~~~<@ Memory Kami(^_^)

selamat pagi....

alhmdulillah dh boley komen semalam gatai tngan silap setting hahaha...
tngh nak mnceriakn lagi blog nie...
ok la selamat berkerja....

pagi2 hati sudah rindu same buah hati pgarang jantung...
rindu sgt gan dak tecik nie...
tiap waktu,saat pale sure tringat kn dia

Rabu, 21 April 2010

Allahamdulillah....

Assalammualaikum....selamat pagi

Pagi nie sungguh awal smpai opis...7.38 dah masuk hahah...slalu 7.50@7.55 huhuh...
hati untuk kerja dh tak ada sebernanyer...smlm la ada yg sound...lantak la boss bg keja untuk ko
bukan pada aku nape ko nak aku yg buat...dengan alasan ko tak biase buat alaa budak tadika pn boleh buat
pe gunanyer company ciap ltk tittle blok kat situ semua kn dah tulis...tinggal susun pn susah!!!!
harap pangkat beso tp nak goyang kaki pergi balikk la bro!!!!!... lantak pi org macam tue...

alhmdulillah semalam dh amek keputusan tiroid...
saya disah kn tak ada tiroid....wah bersyukur alhmdulillah sungguh...
lega sgt...harap dberikn kesihatan kami sekeluarga AMINNN.....
semalam doc ada scan gak tuk tetapkn due date mybe lewat skit dari jangkaa ikotkn 24sept
tp doc kata mungkin 29sept...tak pe la boleh raya dulu...cuma tahun nie x berbaju kurung la huhuhhu...

~ALHMDULILLAH kesihatan riza smakin ok...
panas pn dh kurang doc dh pesan ubt habis tak ok terus bawa pergi hsi@hsa...
tp bak kata org dulu2 mungkin riza kena alahan pada ibu dia yg sedang pregnant nie...
hrp riza sihat n kuat yea syg...kn nk jd abang nnti boleh tlg ibu jaga adik=P
~skrg dh berani turun tangga tngokkn  je dh 4anak tangga dia turun tp dlm pgawasan la...
tempat yg dilarang disitula dia suka...main ditangga n ke dapur...pantang ibu pergi dapo nak ikot...
ishhh riza2...

~mggu nie ada JOM HEBOH di danga bay jom2....insyallah kami akn pergi tp pagi ahad la kot...belum sesak n senang cr parking mcm tahun2 sblm nie hahaha....

Jumaat, 16 April 2010

Sifat Lelaki Vs Sifar Perempuan

(L) Mempunyai ego tersendiri yang menyebabkan sukar menerima pertolongan orang lain dan pandangan orang lain terutama sekali pasangannya.
(P) Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan orang lain lebih2 lagi dgn orang yang dicintainya.

(L) Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
(P) Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yang tidak berbelah bagi.

(L) Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yang berlaku didepan mata.
(P) Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya orang yang disayangi.

(L) Suka menyendiri dan menjauhkan siri apabila berada dlm keadaan tertekan.
(P) Suka bercerita kpada orang lain tentang masalah yang sedang dihadapi dgn harapan mendapat simpati.

(L) Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
(P) Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yang lambat reda.

(L) Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yang mempunyai kuasa.
(P) Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.

(L) Bersikap pemurah atau boros.
(P) Bersifat kedekut atau berjimat.

(L) Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.
(P) Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.

(L) Tidak fokus kepada sesuatu perkara
(P) Fokus kepada sesuatu perkara.

(L) Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
(P) Cinta sepenuh hati dan setia pada yang satu.

(L) Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat
(P) Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.

(L) Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.
(P) Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.

(L) Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
(P) Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan

(L) Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.
(P) Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.

(L) Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
(P) Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.

(L) Tidak suka bercakap tentang pasangannya
(P) Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya

(L) Agak keberatan meminta maaf
(P) Lebih mudah meminta maaf

(L) Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran
(P) Risau apabila menghadapi kesukaran

(L) Suka MEMBUAT keputusan
(P) Suka MENGIKUT keputusan

(L) Terasa selesa berjauhan dgn keluarga
(P) Suka bersama keluarga

7 Tahun Hidup Bermadu

JUST FORWARD

RENUNGAN BERSAMA

bagaimana harus ku mula .....( emm macam lagu m. nasir tu ye?.. bercakap pasal lagu tu, memang masa suamiku bercinta kali kedua lagu tu jadi lagu favoritenya... habis kami anak beranak terjerit-jerit nyanyi ikut dia masa dalam kereta.. anak-anak macam bapanya , suka nyanyi.. masa tu tak tahu itu lagu cinta kedua dia..he..he..he).
emm agaknya , boleh mula dari awal la kot.

Aku bertemu suamiku masa sama - sama menuntut di IPT. Kami berada di jurusan yang berlainan dan fakulti yang berlainan, tahunpun berlainan. suamiku tahun 4, tahun akhir, aku baru tahun satu. Namun, apa yang menyatukan kami adalah kawan-kawan. Kami berkahwin masa aku di tahun 2.

Perkahwinan sebenarnya ok, tapi aku yang kuat merajuk dan selalu pun suami pujuk walau bukan salahnya. mmm.. memang banyak bukan salah dia pun..
Kalau nak dikaji mengapa suamiku kahwin lagi... rasanya banyak penyebabnya. Taqdirnya memang dah ada tapi semua taqdir tukan hasil dari tangan kita, bak kata suamiku Banyak kali jugaklah dia cakap macam nih, last rasanya bulan lepas masa kami dalam perjalanan pulang berdua dari KL.. "suami tu kalau isteri tu baik. layan dia baik, hormat dia, tak suka cari pasal, susah dia nak cari orang lain, kalau dia pandang perempuan lainpun, mesti dia ingat isteri dia kat rumah, mesti dia fikir, cantik manapun perempuan tuh"

Suami aku hensem orangnya.. sangattt hensem.. dan roman mukanya manis, orangnya tinggi dan kulit putih.. tak susahlah dia nak pikat mana-mana perempuan kalau dia mahu
"belum tentu baik macam isteri aku kat rumah..." bila dia kata macam tu, aku pun merajuk la cakap dengan dia, " ye lah .. macam, abang. aisyah tak cukup baik, sebab tu abang kahwin lagi..." nanti cepat - cepat dia jawab..." laaa... ke situ pulak, tu la yang malas cakap pasal poligami nih.."
Tapi sebenarnya aku akui, masa mula - mula kawin dulu aku memang kuat merajuk dan mudah short wire... bila dah merajuk, diam membatu, tak cakap apa.. tegur pun tak dijawab... tapi rasanya yang suami aku memendam rasa. haaa....aku rasa nilah punca utama, suami aku nih simpan dalam HATI, rasa kecil hatinya.. banyaklah peristiwa merajuk aku yamg kadang - kadang melampau sampai tertunjuk depan orang sedang suami aku nih orang nya sangat lemah lembut dan bersopan. sebenarnya dah banyak kali dia pesan, jangan merajuk over depan orang, dia rasa malu yang amat..
The exact word yang dia guna .. "abang rasa malu kalau hal rumah tangga kita sampai orang luar tahu, rasanya macam sengaja londehkan seluar depan orang sampai nampak kemaluan kita.. macam tulah rasa malunya, rasa macam tak tau nak letak muka kat mana ...."
aku pulak dari keluarga yang kalau bergurau , jiran sebelahpun boleh dengar ketawa kami..
emm.. rasanya memang dah taqdir nak dimadukan..

tahun- tahun awal aku bermadu.. ya allah, tak pernah suami tak balik kalau dia tak out station, tapi sekarang tak balik, dah lah tak balik , pergi mengendut perempuan lain, 13 tahun muda dari aku.. memang tak boleh terima, bila dia balik ke rumah masa giliran aku.. ( suamiku sangat mengikut masa).. aku halau-halau dia.. tapi dia diam aje. sibuk mengemas rumah, bila malam dia baring sebelah aku, (sebenarnya aku dah blok tempat dia, letak kaki aku luas-luas, tapi dia lembut tolak kaki aku) peluk aku kemas - kemas dan cakap walau dia dah kawin lagi dia tetap sayang kat aku dan anak-anak.
dia benar - benar tak tahu bagaimana dia boleh sayang pada orang lain walhal kasih dia pada aku tak berkurang sikitpun...kata dialah .. he..he,,.. kalu dia tipu, aku pun tipulah nih..
{kadang-kadang , masa aku merajuk, dia kat depan aku pegi ke dapur, tapi tak lama dia akan datang, buat-buat basuh tangan (aku tahu lah dia buat-buat,.. sinki ada kat depan tuh kalu setakat nak basuh tangan), tangan sebelah bukak paip sebelah lagi dilengkarkan kat pinggang aku,.. buat-buat tanya aku tengah buat apa (buat-buat tanyalah kan , kalu dah nampak kita tengah jerang air).}

aku jadi batu, badan keras je tapi aku cakap kat dia (ehh... kira okeylah tuh, nak juga aku bercakap, biasanya kalu dah badan jadi batu tu, lidah akupun kelu, buat tak dengar je dia cakap apapun..) aku sikitpun tak percaya pada dia. kata sayang kat aku tapi kawin lagi. tipu.. mana sayang kat aku. tapi dia degil , dia kata kalau tak sayang dia tak balik pada aku lagi dan dia tak akan berniat nak adil dan masih mahu jaga aku sampai aku mati atau dia mati.
kini, dalam merajuk tak merajuk, akhirnya dah tujuh tahun aku bermadu, suamikupun dah beranak pinak.. baru-baru nih aku beraya bersama, sebenarnya dah tiga kali berturut-turut , agaknya akan jadi tradisi kami.. balik beraya sama - sama dalam satu kereta, yelah .. habis drebarnya satu.. muat semua anak-anak aku dan anak -anak madu, 2 isteri.. okey je.. kami berbual bergelak tawa,.. aku pulak memang suka ketawa.. sejak akhir-akhir ni lagilah (aura bermadu kot) dulu aku agak serius jugaklah.. (sampai suami aku kata apa yang buat dia terpikat pada madu aku tu sebab dia mudah tersenyum... ha engkau,,... jadi selalu-slalulah tersenyum ye.. yang ikhlas lah... yang tak ikhlas tak payah..)
beraya sakan di kampung suami, semua saudara mara suami dapat menerima kami dengan baik, dan aku yang memang dah berbelas tahun dengan mereka memang mudah di terima sebab aku peramah.. (betul tuh .. bukan perasan). tapi madu aku juga pandai bawa diri.. selalu bual dengan aku dan saudara mara suami yang lain.

tak cemburu? huh cemburu giler... sampai solat hajat mintak dengan allah agar beri aku kebahagiaan sejati dan aku mampu kawal diri aku seikhlasnya. alhamdulillah.. tapi merajuk jugak dengan suami,.. nasib aku lah sebab dapat suami kuat memujuk..hati jadi sejuk balik.
yang aku nampak baik dan istimewanya madu aku tuh.. layanan dia pada suami.. sentiasa tersenyum, bercakap dan bercerita (aku bercerita jugak , lagi kuat bercerita dari dia rasanya) tapi cerita dia kalu tengok.. pada pendapat aku lah.. selalu menarik hati suami aku.. kadang-kadang aku tengok suami aku sampai tergelak besar.. pandailah dia.. emmm.
aku ada jugak kata pada suamiku, wah..kalu dengan orang, ketawa sakan ye.. tapi suamiku kata.. kalau aisyah citer apa-apa kat abang pun, abang ketawa jugak,.. lagilah tersengih macam kerang busuk, dari awal sampai habis citer aisyah tu kan.....
ada ke.... emm.

Tapi satu yang aku perasan, tentang madu aku tuh,.. walau dia baik dengan aku, tapi yang penting padanya suami kami.. dia sangat jaga..sangat perihatin terutama hati dan perasaan suami aku.. he .. he,.. suami dia jugaklah... takdelah aku tengok dia muncung merajuk macam aku.. kalau dia terasa, dia akan diam.. ambik masa sendiri... pergi buat kerja..mengemas, mandi anak, masak atau berborak dengan ipar duai yang lain.. masa raya semua adik beradik suami balik, penuhlah rumah mak abah tuh..

Lepas tu.. dia akan okey balik.. boleh datang balik pada suami dan bercerita serta layan suami kami macam biasa balik. agaknya orang jawa indon macam tu kot, walau dia muda dan tak dapat beraya bersama dengan ibu bapanya di seberang (aku dapat, lepas beraya kat kampung suami, kami balik ke kl dulu, hantar madu dan tukar pakaian, lepas tu suami aku bawa aku balik ke kampung aku 4 malam), tapi dia tetap okey.. agaknya sebab tulah laki aku sayang dia lebih... aku rasalah.. laki aku marah aku kata macam tuh.. dia kata, takde lebih takde kurangnya .. dua-dua dia sayang .. emmm.

Tapi kini, walau sesekali , marahku datang, cemburuku bergolak, tapi aku bahagia.. yerlah bahagia cara poligamilah,.. dulu pun .. aku asyik merajuk aje.. tak bahagia mana jugak walau suami aku baik .... kini, aku banyak belajar menghormati suami, tahan merajuk dan marah ku.. sedikit sebanyak aku sebenarnya belajar dari madu aku tu. walau usia baru 20an tapi aku dapat rasa dia isteri yang baik untuk suami sebaik suamiku.

Kadang-kadang aku rasa mereka terutama suamiku yang tercinta mampu bahagia walau aku tiada di sisi, emm masa tu mulalah datang akal jahatku minta suamiku lepas kan aku aje ...dari dia asyik nak melayan merajuk aku baik dia menghadap muka madu aku yang sentiasa tersenyum tuh.. tapi suami aku tak mahu. dia kata dia akan sabar dengan aku,.. dia mahu aku jadi isteri dia sehingga ke syurga. dan kalau dia mati dulu dia mahu aku setia pada dia.. tubuh aku hanya untuk dia seorang.. pandailah kan.. dia tak apa, tak setia.. tubuh dia untuk perempuan lain tak apae..mmm.

Giliran adil, masa banyak lebih pada aku kerana suamiku sangat bertanggung jawab, anak-anak aku dah besar dan bersekolah menengah, jadi dia banyak dengan kami, menghantar dan mengambil anak-anak..

Bermadu pahit? ya.. memang pahit, tapi dengan poligami aku banyak membaiki diri,.. mengenal balik tuhanku, menjaga solatku, mendidik anak-anakku. memahami suamiku..walau kini aku masih bergelut namun, kehidupanku jauh berubah dari dulu.
Aku kini menikmati hubungan dengan ipar duai dengan lebih berkeyakinan.. siapa kata orang bermadu akan rasa terhina, aku tidak.. aku istimewa... tuhanku menyayangiku.. sekurang-kurangnya diberi aku ujian untuk menyedarkan ku bahawa dunia ini hanya sementara dan kasih manusia itu untuk kita gunakan bagi mencari redha NYA.

Sebenarnya....ikhlas dari hati saya,.. saya tidak berbuat apa-apa.... berkorban,.. atau bagai.. ujian saya sebahagian besarnya hanya pada poligami tapi suami saya sangat adil dan bertanggung jawab,..penuh kasih dan mencintai saya sepenuh hati (hatinya ada banyak kot....he..he..)..sangat lembut dengan saya.... contohnya terlalu banyak... kalau kebetulan dia solat bersendirian....saya akan tunggu bersamanya dan dia akan naikkan saya atas pangkunya dan memeluk saya sepanjang zikir hingga doa... hati saya damai dan tenteram...suka menonton sambil memeluk saya dan bergurau.... anak-ajak juga berseronok dengannya.... tegas, anak-anak takut tapi masih boleh bermain dan bergurau juga dengan mereka... jadi buaian.. buat superman dengan kaki... walau anak sama tinggi dengannya....

sangat rajin dan sangat ringan tangan,.. sentiasa membantu dalam semua hal.. dan saya maksudkan itu,..semua. susah nak tengok dia ada di rumah dan duduk sahaja.... ada aje kerja yang nak dibuatnya....hatta sehingga melipat kain dengan anak-anak.. apatah lagi kalau kerja itu jelas kerja nya,.. baiki paip bocor, sinki tersumbat (sampai buka tempat simpanan najis di belakang dapur dan selok tangan keluarkan apa yang buat tersumbat... bila tak sampai dia akan jolok.. ..peralatan lengkap macam dia tukang rumah.... ha....ha)
Itu hal kecil.. kalau nak disenaraikan kebaikan dan keistimewaan suami.. tak tertulis.. setiap masa dan detik dia berbakti.. pada saya..anak-anak dan sangat tak menghampakan orang tuanya.. sanggup balik hari pulang ke selatan dan ambil orang tuanya datang ke kl bila bapanya minta tolong..walaupun dalam keadaan dia penat menguruskan dua rumah....
Subhanallah.... suami saya sangat baik....hakikatny.... dia yang diuji kerana dapat saya sebagai isteri....

Dengan itu sahabat.... maksud saya.... dengan akhlak sebaik suami saya.. saya tidak diuji sangat.... Masya'allah.. sungguh allah itu maha besar,..

frankly... secara jujurnya... hanya ketika dia tiada sahaja, saya terasa diuji allah... ujian rindu. agar kita merasakan hanya DIA sahaja sebenarnya tempat kita bergantung harapan...
wallahu alam. yang penting pegakhiran kita kan ?...
dari "sitiaisyahyadzid"

Khamis, 15 April 2010

Apabila SeSekali

nak tepek pic kawen plak hahahaha
Mengimbas kembali...

Tarikh2 kami

12 July 06 / Couple.
26 Ogos 06 / Tunang.
24 Nov 07 / Nikah.
25 Nov 07 / Sanding.

Cepat sungguh masa berlalu dh nak masuk 3tahun hubungan kami
alhmdulillah selama hampir 3 tahun juga kami bakal mempunyai dua org permata hati..harap segalanyer selamat..
rasa baru je jadi raja sehari hahahah perasan kan=P...(xsedar ank dh nak msk dua)
kenagan manis biar la tersemat dalam diri nie...n kenagan pahit akan ku lemparkan n akan menjadi pengajaran dimasa akan datang
dengan kehadiran anak2 la lagi menguatkan semangatku...







BirthdaY kAMI

16 Feb 1986 / Ibu.
17 Mac 2009 / Riza.
21 Jun 1979 / Ayah.

Wah usia ku semakin meningkat...24thn rasa kalo org tanye nak je jwb 20thn sentiasa hahaha
hbbyku thn nie dh 31thn tak pe muda lagi kn huhuhu...semoga dimurahkan rezeki yea...syg tumpang senang je;)
permata hati kami baru setahun jagung...dan tak lama lagi bakal jadi abang..setahun 6bln@7bln dh jadi abang
xpe yg penting cepat2 jalan yea sebelum adik keluar tau...lepas nie kita pergi jalan2 ayah gan ibu kena handal sorang 1...huhuhu baru adil=P
sebelum nie asyik riza je dok lekat gan ayah...sampai mulut asyik sebut ayah je...jeles2 huhuhuh...
ank yg ke2 nie...jantina kami saje tak mahu tahu...biar la tunggu bersalin nanti.tapi kalo girl besh juga nak gak rasa beli baju gedix2 geram..
kalo boy pn tak pe...yg penting sihat n sempurna...
ayah pn ckp kalo boleh nak girl sure ikot muka ayah huhuhu...yea la riza lbh kpada ibu:)

tq kpada hbby yg beri kasih sayang pada ibu gan riza...beri keselesaan n pelindungan untuk tinggal...
kami doakn ayah sentiasa sihat...kami sayangkn ayah;0)

Rabu, 14 April 2010

Kopek (Puting Kosong)

Pagi yang indah...
pagi2 dah wat n3 huhuhuh
cari mood nak buat keja =P
sapa de pengalaman anak berkopek?
riza umur dh nak msk 13bln still berkopek time nak tido
lepas susu,minum air masak terus tangannyer capai kopek ngap ke mulut...
dh lena tercabut la sndiri kopeknyer....
tapi.......macam mane nak putuskan dr kopek ea??
mase ajar kopek pn time dalam pantang tido tak lena
bagi kopek terus lena...tue yg lekat smpai skrg...
pic terbaru riza berkopek....
(jangan malu plak nanti dh beso tngk pic nie...ank ibu berkopek ..
ibu ayah mse kecik pn x berkopek tau:P)

suka amek pic time tido tenang n sayu je ati ku...

pic nie time ibu nak pergi keja..

sejak dapat demam nie akal bertambah..

~panjat katil nampak bear tiger suka ummmphhhh cium...suruh cium ibu ayah boleh plk kata nanak...arghh geram tapi time mood dia ok asyik nak cium je ibu gan ayah...ciap de bunyi umphmahh

~skrg suka gelak2 besar ajak bergurau...kalo dilayan lagi menjadi2...
nie yg membuatkan kita bertambah rindukan dia...

~bnyk ckp dalam bahasa dia...tapi hanye yg ibu paham "mek ba"...amek ball....bird jadi bet kadang cat ciap dengan bunyik miawww.....comel je...

semoga riza cepat sembuh yea sayang...kalo tak surut panas ibu kena bawa riza pergi wakaf..doc dh pesan kalau tak ok kena tukar antibiotik....riza kena kuatkan....luv u dear.....


Related Posts with Thumbnails
 

Blog Template by YummyLolly.com